Sukan Hari Ini

Badminton: Perubahan tidak tepat – Joo-bong

27joobong_transformed

SINGAPURA: Ketua jurulatih badminton kebangsaan Jepun, Park Joo-bong menegaskan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) sepatutnya memperuntukkan lebih masa untuk menguji sistem pemarkahan baharu yang dicadangkan badan induk itu.

Malah katanya, mereka juga perlu memberikan lebih peluang kepada pemain-pemain terbaik dunia untuk merasainya terlebih dulu.

BWF pada November depan akan memutuskan sama ada untuk menggunakan atau tidak format pemarkahan baharu – lima set dengan 11 mata atau kekal kepada sistem lama 21 mata dalam tiga set.

Sistem baharu yang dicadangkan diharap dalam memendekkan perlawanan dan menambah keseronokan namun ketika ini masih berada dalam proses ujian dan digunakan pada kejohanan berstatus rendah.

“Masanya tidak tepat. Mereka sepatutnya sudah melakukan percubaan lebih awal dan memberi peluang kepada semua orang untuk merasainya,” kata Joo-bong kepada wartawan di Copenhagen, lokasi Kejuaraan Dunia sedang berlangsung ketika ini.

Kejuaraan Dunia masih menggunakan format pemarkahan lama.

“Pemain-pemain terbaik tidak mempunyai peluang untuk mencuba format pemarkahan baharu ini. Melainkan sekiranya mereka mengambil bahagian dalam kejohanan Grand Prix Emas atau kejohanan satelit.

“Jika tidak, mereka tidak akan merasainya. Adalah sesuatu yang menyedihkan juga apabila pemain-pemain terbaik ini tidak berkata sesuatu mengenainya.

“Jika mereka menggunakan format baru ini, pemain terbaik hanya akan merasainya pada Mac tahun depan.

“Ini kerana musim baru Siri Super hanya akan dimulakan pada Mac selepas BWF memutuskan untuk memberikan rehat selama dua bulan,” kata pemenang pingat emas Olimpik itu yang bimbang perubahan terbabit akan memberi kesan memudaratkan. – REUTERS

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");