Sukan Hari Ini

Beregu sedia gegar Copenhagen

bergu

PEMAIN beregu negara, Goh V Shem teruja untuk memulakan cabaran dalam misi memburu gelaran sulung Kejohanan Dunia di Copenhagen, Denmark minggu depan.

V Shem berkata, selepas beberapa hari menjalani latihan fasa terakhir di Denmark, beliau kini semakin bersedia untuk mengharungi kejohanan tersebut dan sudah tidak sabar untuk turun ke gelanggang.

“Saya sudah bersedia kali ini dan akan bermain sebaik mungkin dalam setiap perlawanan yang diharungi.

“Walaupun ada cabaran sengit sebab ada pemain hebat seperti dari China dan Jepun, tapi saya akan cuba untuk tidak mensia-siakan peluang selain memastikan boleh menang setiap perlawanan,” katanya.

V Shem juga tidak menafikan berdepan sedikit tekanan menjelang kejohanan itu, namun optimis mampu melaksanakan tanggungjawab tersebut dengan sebaik mungkin.

Katanya, beliau dan Lim Khim Wah akan melakukan yang terbaik bagi mengharumkan nama negara.

“Saya tidak mahu meletakkan sasaran terlalu tinggi, apa yang saya harap dapat bermain dengan prestasi yang bagus… itu sudah cukup baik,” katanya.

V Shem-Khim Wah bakal memulakan aksi pusingan awal berdepan Afrika Selatan, Andries Malan dan Willem Viljoen.

Bagaimanapun, malang buat kem Malaysia kerana V Shem- Khim Wah diundi dalam laluan yang sama dengan satu lagi beregu negara, Koo Kien Keat -Tan Boon Heong dan mereka mungkin akan berentap pada pusingan ketiga.

Mengakui undian pada kali agak sukar, V Shem mahu memberikan fokus dalam setiap perlawanan sebelum memikirkan lawan seterusnya.

“Ini adalah pertandingan, jadi saya tidak boleh cakap, bagi saya siapa yang lebih bagus akan menang,” jelasnya.

Goh V Shem (kiri) dan Lim Khim Wah sudah bersedia untuk menghadapi Kejohanan Dunia di Denmark bermula 25 Ogos ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");