Berita Hari Ini

Beza pendapat, hanya merugikan

shahidan kassim 2

PETALING JAYA – Perbezaan pendapat antara pemimpin Umno dan BN yang dibuat secara terbuka hanya akan memberi ruang kepada pembangkang untuk mengambil kesempatan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, perbezaan itu hanya akan mengeruhkan keadaan dan memberi kelebihan kepada pembangkang untuk menyerang pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Apabila pembangkang ambil kesempatan untuk berseronok melihat perbezaan (pendapat), mereka sudah pasti akan cucuk orang sana, cucuk orang sini.

“Kalau berbeza pendapat, kita rugilah, pandangan apa pun, saya rasa pandangan ini agak besar dan berat yang harus kita bincang bersama,” katanya kepada Sinar Harian Online ketika ditemui di Majlis Pelancaran Program TV Malaysia Ikon yang disempurnakan oleh Perdana Menteri di Sunway Resort Hotel and Spa, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kritikan lantang yang disuarakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed semalam yang menarik balik sokongan dan mengkritik kerajaan pimpinan Najib kerana prestasinya lebih buruk berbanding penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Mahathir melalui tulisan blognya, www.chedet.cc itu berkata, beliau terpaksa berbuat demikian kerana Najib tidak mengambil iktibar daripada reputasi buruknya dalam PRU13 pada Mei lalu.

Mengulas lanjut, Shahidan menambah meskipun teguran terbuka itu agak sinis, namun beliau percaya Ahli Parlimen Pekan itu menerimanya dengan berlapang dada.

“Di pihak Najib sendiri, saya percaya menerimanya dengan terbuka kerana beliau suka mendengar pandangan daripada pelbagai pihak.

“Najib telah membuat yang terbaik untuk menguruskan kejayaan ini dan dalam proses tersebut seperti yang disebut Perdana Menteri, kita melalui rintangan dan cabaran yang harus kita tangani dengan baik,” katanya.

Shahidan juga menyifatkan teguran secara melulu itu tidak wajar dilakukan oleh mana-mana pihak ketika negara sedang menghadapi situasi penting seperti tragedi MH17 yang ditembak jatuh dan kehilangan MH370.

“Kita sekarang sedang menghadapi perkara lain yang lebih penting dan serius yang harus kita hadapi bersama.

“Kita menguruskan kejayaan Mahathir dan sudah pasti kalau tidak kena dengan mana-mana (pendapat), yang terbaiknya ialah kita berbincang,” katanya lagi.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");