Jenayah

Empat remaja ditahan bagi siasat video pukul, buli

otai

Muar: Polis menahan empat remaja lelaki berusia 14 hingga 15 tahun semalam bagi membantu siasatan video pukul dan buli seorang remaja lelaki di Air Hitam, di sini, yang viral di media sosial.

Ketua Polis daerah Muar Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, tangkapan dilakukan bermula petang semalam selepas pihaknya berjaya mengenal pasti individu terbabit di dalam video itu.

Katanya, semua empat remaja itu ditahan reman sehingga 1 September ini bagi membantu siasatan.

“Selain itu, kami merampas sebatang kayu sepanjang kira-kira satu meter, dipercayai digunakan untuk memukul mangsa di dalam video itu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, tadi.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");