Berita Hari Ini

Najib pulang selepas lawatan kerja di Singapura

najib lawatan

SINGAPURA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas pulang ke Kuala Lumpur selepas melakukan lawatan kerja sehari merasmikan pembukaan outlet agrobazar pertama Malaysia di seberang laut.

Najib, yang diiringi isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, berlepas dari kompleks VIP Lapangan Terbang Antarabangsa Changi pada 10.30 pagi.

Turut hadir mengucapkan selamat tinggal ialah Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Singapura Datuk Husni Zai Yaacob dan isteri, Datin Norshiha Hasbullah.

Perdana Menteri tiba di sini semalam untuk pelancaran rasmi Agrobazar pertama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Singapura.

Najib dan rakan sejawatannya Lee Hsien Loong bersama-sama merasmikan Agrobazar Malaysia, yang terletak di Sultan Gate, yang merupakan kawasan tumpuan pelancong yang terkenal di republik itu.

Berikutan pelancaran itu, Lee dan isteri, Najib serta Rosmah turut melawat Hab Sukan Singapura yang baru siap di samping menghadiri majlis makan malam yang dihoskan Lee.

Bazar yang terletak di Lot 37, 39, 41 dan 43 Sultan Gate akan mempamerkan buah-buahan segar dan produk pertanian dari Malaysia.

Projek itu melambangkan hubungan yang kukuh dan berkekalan di antara Malaysia dan Singapura. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");