Sukan Hari Ini

FELDA enggan kecewa

felda

Kuala Lumpur: Meskipun mendahului tangga teratas Kumpulan A Piala Malaysia, pengendali FELDA United FC Irfan Bakti Abu Salim tidak mahu anak buahnya leka sebaliknya menggesa mereka meraih tiga mata apabila bertemu Pahang di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, malam ini.

Selepas tiga perlawanan, FELDA memimpin saingan peringkat kumpulan dengan mencatat dua kemenangan serta tewas sekali.

Tewas kepada Pahang pada perlawanan terakhir, Irfan tidak mahu peristiwa sama berulang apabila bertemu juara Piala Malaysia musim lalu itu.

“Kami hormati lawan, tapi juga ada misi untuk meraih tiga mata di tempat sendiri.

“Walaupun beraksi di gelanggang sendiri, kekuatan penyokong tetap menyebelahi Pahang. Namun kami sudah biasa dengan suasana seperti ini.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");