Perak Hari Ini

Sasaran Perak Bebas Dadah 2015 Masih Samar

Oleh Norsadrina Ismail:-

Sasaran Perak menjadi negeri bebas dadah menjelang tahun 2015 sukar dicapai berdasarkan jumlah statistik tangkapan dan rampasan dadah yang dilakukan sepanjang tahun.

Menurut Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, beliau sama sekali tidak akan berkompromi dalam hal tersebut.

“Secara peribadi, saya tidak akan berkompromi dalam hal ini kerana ia bukan sekadar berkisar tentang langkah pencegahan tetapi taraf negara maju tidak akan tercapai jika dadah masih menguasai masyarakat,” katanya.

Jelasnya lagi, pencegahan dadah merupakan elemen yang kompleks dan peranan yang dimainkan oleh kerajaan, agensi berwajib serta anggota masyarakat mampu memberi kesan positif terhadap langkah pencegahan yang dirancang.

Katanya lagi, bilangan orang kena pengawasan penagih dadah di Perak yang dikeluarkan oleh agensi Anti Dadah Kebangsan (AADK) dari Januari hingga Julai lalu merekodkan jumlah seramai 5,981 orang berbanding 7,145 orang bagi tempoh sama pada 2013, iaitu penurunan sebanyak 16.3 peratus.

“Jumlah tersebut belum boleh dijadikan sebagai jaminan gejala tersebut akan terus berkurangan jika ia tidak diuruskan dari peringkat akar umbi,” katanya.

Katanya lagi, AADK dan kerajaan negeri sentiasa berusaha bersungguh-sungguh bagi menangani gejala ini dengan melaksanakan pelbagai langkah pencegahan.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Persidangan Pertama, Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri ke-13 di Ipoh, hari ini.

Antara langkah program pencegahan yang diambil ialah memberi fokus kepada kawasan yang berisiko melalui sumber maklumat AADK, pihak polis dan jawatankuasa keselamatan kampung.

“Ceramah program kesedaran di kawasan umum dan kawasan ambil kisah diperolehi melalui lawan sesawang http://www.wecare.weserve.com dan pencegahan di kawasan panas oleh pihak penguatakuasa tempatan turut diadakan yang melibatkan kawasan penting seluruh negeri seperti Manjoi, Kuala Kangsar, Hilir Perak dan Manjung,” jelasnya lagi.

Beliau turut mengakui bahawa masalah penagihan dadah turut berlaku di kawasan nelayan.

Ia katanya, bukan hanya berlaku di Kerian tetapi juga di kawasan Pangkor, Hilir Perak, Kuala Sepetang dan Kuala Kurau.

“Kita tidak akan pilih kasih sama sekali, kita tidak akan berkompromi kerana hal ini berkaitan dengan masyarakat. Jika kita tidak bertegas, isu dadah akan terus bermaharajalela,” jelasnya.

Pelaksanaan saringan air kecing pada peringkat sekolah, institusi pengajian tinggi awam (IPTA), tempat kerja dan menyemarakkan semangat kesukrelawan melalui program anti dadah dan skuad pencegahan dadah juga dijalankan sebagai langkah pencegahan.

“Pendekatan rawatan perubatan dan pemulihan buat penagih dadah melalui perundangan atau sukarelawan turut dijalankan,” katanya lagi.

Cure and Care (CCRC), Cure and Care Service Center (CCSC) dan Caring Community House (CCH) juga diwujudkan turut dan sehingga kini, terdapat 2 buah CCRC, 6 buah (CCSC) dan 5 buah (CCH).

Tidak ketinggalan, terdapat juga 4 pusat pemulihan dadah persendirian yang berdaftar dengan AADK yang menawarkan perkhidmatan rawatan dan pemulihan buat penagih mendapatkan rawatan secara sukarela.

AADK katanya, turut melaksanakan program ‘home visit and out reach’ untuk mengesan dan membantu penagih mendapatkan rawatan secara sukarela.

“AADK juga turut menganjurkan latihan vokasional dan latihan kerjaya di Cure and Care Vocasional Centre di Sepang dengan kerjasama Jabatan Tenaga Kerja Dan Pusat Kerjaya Amanjaya bagi membantu bekas penagih dadah mendapat pekerjaan sempurna,” jelasnya.

Pendekatan penguatkuasaan dan pengesanan dijalankan bagi mengesan mereka yang disyaki penagih dadah bawah Seksyen 3(1) Akta Penagihan Dadah Rawatan dan Pemulihan  Dadah 1983, katanya.

Operasi aduan awal dan tindakan terhadapan kes langgar syarat 6(2) AB 1983, turut diambil sebagai langkah untuk membantu pihak berkuasa menguatkan Seksyen 39(C) Akta Dadah Berbahaya 1952, tambah Zambry.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");