Sukan Hari Ini

Fokus satu demi satu

najib bola

Kelana Jaya: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah tidak mahu isu sasaran mengganggu fokus skuad bawah 23 tahun negara (B-23) sebaliknya mengarahkan anak buah Datuk Ong Kim Swee memberikan aksi terbaik dalam setiap perlawanan di Sukan Asia Incheon bulan depan.

Majlis Olimpik Malaysia (MOM) meletakkan sasaran ke suku akhir kepada skuad B-23 negara biarpun ada pihak menganggap ia misi yang sukar memandangkan Malaysia diundi dalam Kumpulan A bersama pasukan tuan rumah Korea Selatan, Arab Saudi dan Laos di Incheon.

Bagaimanapun Tengku Abdullah yang ditanya mengenai keputusan MOM itu tidak mahu isu itu diperbesarkan.

“Saya rasa lebih baik kita fokus satu perlawanan ke satu perlawanan.

Tidak guna juga jika kita meletak sasaran tinggi tetapi dengan persembahan teruk, kita mencapai kegagalan dan tidak akan pergi jauh.

Kita kena faham bahawa skuad negara berada dalam kumpulan sukar.

Itulah sebab mengapa saya lebih berminat untuk letakkan sasaran kepada fokus satu demi satu perlawanan.

“Sasaran itu bergantung kepada jurulatih (Kim Swee) dan pemain kerana bagi saya, setiap perlawanan itu adalah sasaran saya.

Bagaimanapun, sasaran yang diletakkan oleh MOM itu seharusnya diambil sebagai satu cabaran.

Jika kita berjaya (layak ke suku akhir), ia bagus untuk kita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menyaksikan perlawanan persahabatan skuad bawah 16 tahun negara menentang Uzbekistan B-16 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, semalam.

Dalam perlawanan itu skuad kendalian S Balachandran yang kini dalam persiapan ke pusingan akhir Piala AFC B-16 di Bangkok bulan depan tewas 1-3 kepada Uzbekistan.

Tengku Abdullah melahirkan rasa tidak puas hati dengan persembahan skuad muda negara itu dan mahu mereka bangkit untuk melangkah ke final di Bangkok sekali gus meraih tempat beraksi di Piala Dunia B-17 di Chile tahun depan.

“Saya tidak berpuas hati dengan permainan hari ini (semalam) tapi saya percaya mereka mempunyai kemampuan untuk beraksi lebih baik.

Saya mahu mereka bangkit pada kejohanan sebenar kerana kami mahu mereka beraksi sehingga ke final,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");