Sukan Hari Ini

Hari yang penuh kenangan

hari pnuh kenangan

PELEDAK baharu Barcelona, Luis Suarez melahirkan kegembiraan apabila selesai debut pertamanya untuk Blaugrana, awal pagi semalam.

Pemain asal Uruguay itu, tampil kira-kira 15 minit terakhir permainan untuk pertemuan trofi Joan Gamper menentang kelab Mexico, Leon di Nou Camp.

Walaupun tidak berjaya menyumbang gol, skuad pimpinan Luis Enrique menang menerusi jaringan enam gol tanpa balas.

“Hari ini, hari yang penuh dengan kenangan. Terima kasih semua untuk perhatian yang anda berikan pada saya,” katanya menerusi Twitter.

Barca kini sibuk melakukan persiapan saat akhir kerana kempen La Liga akan disingkap tirainya pada Isnin dengan Elche menjadi lawan sulung mereka musim ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");