Berita Hari Ini

KeTTHA tingkat kesedaran pengguna jimat air

gambar hiasan -air

KUALA LUMPUR – Dalam usaha menangani isu krisis air di Lembah Klang, Selangor dan Putrajaya, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) kini giat melakukan gerak kerja meningkatkan kesedaran pengguna untuk menjimatkan air melalui Program Pengurusan Permintaan Air.

Timbalan Ketua Setiausaha KeTTHA, Datuk Nor’Aini Abdul Wahab berkata, program itu bertujuan mendidik masyarakat menggunakan air secara berhemah.

“Sekarang, kita kata air mentah tidak cukup, bekalan loji rawatan air pun tidak mencukupi, tetapi sebenarnya ia bergantung kepada permintaan semasa yang semakin meningkat setiap hari.

“…jadi kementerian dalam usaha hendak mendidik rakyat berhubung cara penggunaan air yang betul menerusi program ‘Pengurusan Permintaan’ air,” katanya kepada Bernama selepas program wawancara Ruang Bicara terbitan Bernama TV di sini, malam ini.

Nor’Aini berkata antara pendekatan program berkenaan ialah membuat hebahan melalui media massa dan kerjasama dengan pihak industri.

“Kementerian juga ada buat komitmen dengan pengguna dan pihak industri agar program ini lebih berjaya. Kami berharap melalui program ini juga, pengguna boleh mengetahui kaedah alternatif lain untuk mendapatkan sumber bekalan air,” katanya.

Beliau berkata kementerian juga mendapati peratusan permintaan air di sekitar Lembah Klang meningkat sebanyak tiga peratus setiap tahun.

Katanya, penggunaan air per kapita yang tinggi boleh mendorong kepada pengabstrakan air mentah yang berlebihan untuk dirawat oleh operator air. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");