Sukan Hari Ini

Idam tiga mata

andik

Kuala Lumpur: Rentak kemenangan mahu diteruskan juara 32 kali Piala Malaysia, Selangor apabila bertemu PDRM di Stadium Shah Alam, malam ini.

Kedua-dua pasukan bermula dengan kemenangan apabila Selangor menumbangkan T-Team, 2-1 dan PDRM yang juga juara Liga Perdana menewaskan pencabar dari Liga Super, Sime Darby FC (SDFC) 3-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D, minggu lalu.

Kehebatan PDRM yang menumbangkan pasukan di kedudukan kelima Liga Super itu menjadi perhatian pemain Merah Kuning bagi memastikan mereka tidak berputih mata dan menjadi mangsa seterusnya apabila turun di gelanggang sendiri buat kali pertama dalam kancah Piala Malaysia.

“Lawan bagus, namun kami tak perlu takut apabila beraksi di gelanggang sendiri. Kami perlu memanfaatkan kelebihan beraksi di depan penyokong sendiri bagi memastikan kemenangan,” kata tonggak import, Andik Vermansah.

Pemain sayap dari Indonesia itu turut yakin memecah keampuhan pertahanan lawan walaupun sedar kekuatan pihak lawan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");