Sukan Hari Ini

Leicester resah hilang dua pemain tonggak

drinkwater

PASUKAN baharu dinaikkan pangkat Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini, Leicester City menimpa perkhabaran buruk selepas perlawanan menentang Everton yang berkesudahan seri 2-2, Sabtu lalu.

Apa tidaknya, dua pemain utama mereka, Danny Drinkwater dan Matty James masing-masing mengalami kecederaan dan terpaksa disisihkan dalam kunjungan ke Stamford Bridge bertemu Chelsea, Sabtu ini.

“Drinkwater alami cedera hamstring dan perlu berehat antara tujuh hingga 10 hari, tidak terlalu buruk.

“Matty mengalami cedera tulang kering dan dijangka diketepikan kira-kira dua minggu,” kata pengurusnya, Nigel Pearson.

Bagi rekod, Drinkwater terpilih sebagai pemain terbaik Liga Kejuaraan musim lalu dan gandingannya bersama James membantu The Foxes meraih tiket ke EPL musim ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");