Berita Hari Ini

Malaysia tetap penyokong kuat Palestin – PM

PUTRAJAYA: Malaysia akan tetap menjadi penyokong kuat rakyat Palestin dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, serangan di Gaza yang mana hampir 90 peratus daripada mangsa adalah orang awam, menunjukkan tiada langsung asas moral daripada kejadian itu.

“Kelompok masyarakat disekat, Gaza seolah olah penjara yang besar, rakyat kehilangan masa depan dan maruah, di manakah asas moral? Mana letaknya keadilan?” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perdana Ulama-Umara dan Anugerah Masjid Malaysia 2014 di sini hari ini.

– Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");