Jenayah

Misteri lampu tak menyala terjawab

misteri terjawab

RANTAU ABANG – Misteri lampu bilik chalet tidak menyala terjawab apabila penghuninya yang juga pekerja di situ ditemui mati dalam sebuah bilik penginapan dekat sini, malam kelmarin.

Kejadian disedari penghuni chalet, Mohd Ar Razzaq Mohd Zain, 28, kira-kira jam 7.30 malam selepas mendapati bilik didiami mangsa gelap.

Ar Razzaq berkata, mangsa, Rosli Mohd Rawi, 48, biasanya akan berada di kawasan sekitar chalet pada jam 7 malam untuk membuka lampu, namun pada hari kejadian, dia tidak muncul sehingga jam 7.30 malam.

Menurutnya yang juga seorang pekerja kontrak, mengesyaki ada sesuatu tidak kena, dia kemudian mengambil keputusan untuk mengetuk pintu bilik diduduki mangsa, namun tiada jawapan menyebabkan dia cuba mengintai melalui tingkap.

“Saya nampak mangsa dalam keadaan terbaring lalu memanggil seorang lagi pekerja untuk membuka pintu bilik, namun ketika itu dia sudah tidak bernyawa,” katanya yang menyewa bilik di chalet berkenaan sejak dua bulan lalu.

Kata Ar Razzaq lagi, kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada jam 2.30 pagi, sebelum mangsa ditemui maut.

Menurutnya, Allahyarham ketika itu menelefonnya untuk meminta bantuan setelah mengadu sakit kepala, malah dia sendiri sempat menyapu minyak serta memicit kepala mangsa.

“Dia juga mengadu lapar dan sempat menyuruh saya membelikan roti dan air soya. Saya menurut kehendaknya tapi tak sangka dia akan meninggal selepas itu,” katanya.

Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk pemeriksaan lanjut.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Ahmad Zailani Yaacub mengesahkan kejadian yang diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");