Jenayah

Sempat tanya keadaan penumpang

van

Ledang: “Arwah sempat bertanya keadaan semua penumpang dan selepas mendapati tiada siapa yang cedera parah, barulah dia mententeramkan dirinya di tempat duduk pemandu sebelum meninggal dunia beberapa minit kemudian,” kata Ab Gani Ab Hamid, 58, antara penduduk pertama tiba di lokasi kemalangan di Jalan Teluk Rimba – Bukit Kangkar di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 10.30 pagi itu, pemandu van sekolah Ayub Baba, 53, meninggal dunia di tempat kejadian selepas kenderaan dipandunya yang membawa tujuh pelatih Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Serom 4 di sini, hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah lori baja dan terbabas ke cerun sedalam tiga meter.

Arwah dikatakan sempat bertanya keadaan semua tujuh pelatih terdiri daripada orang kurang upaya (OKU) sebelum meninggal dunia selepas diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat.

Ab Gani berkata, penduduk dan pasukan penyelamat terpaksa menebas semak selama 15 minit sebelum berjaya mengeluarkan semua penumpang dan pemandu van berkenaan.

“Ketika pasukan penyelamat tiba, pemandu van sekolah itu dilihat masih bernyawa, tetapi dia meninggal dunia tidak lama selepas diselamatkan kerana kecederaan teruk di badan,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");