Isu Panas

Setelah Tiada Sokongan Majoriti, Apa Pilihan Khalid IBrahim?

Lanjutan sokongan 30 ADUN ke atas Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri besar, secara tidak rasmi Menteri Besar Selangor “dalam buangan” Tan Sri Khalid Ibrahim sudah hilang sokongan majoriti.

Cuma Khalid Ibrahim bernasib baik, Tuanku Sultan Selangor berada di luar negara, maka beliau akan kekal sebagai Menteri Besar sehingga Tuanku Sultan Selangor pulang. Secara undang-undang, Khalid masih layak membuat keputusan sebagai Menteri Besar.

Namun secara moral dan integeriti Khalid tidak sepatutnya membuat apa-apa keputusan dan polisi penting kecuali melaksanakan apa yang telayh diputuskan sebelum kerajaan beliau hilang sokongan majoriti.

Khalid tiada lagi jumlah untuk melayakkan beliau menjadi Menteri Besar. Malah kenyataan Wan Azizah hari ini mengesahkan keraguan Mykmu.net sebelum ini bahawa Khalid Ibrahim tidak mempunyai majoriti ketika menghadap Tuanku Sultan Selangor dan menyatakan bahawa beliau masih mendapat sokongan majoriti biar pun dipecat dari PKR.

Sungguhpun ketika itu Tuanku Sultan selaku raja berpelembagaan menerima maklumat Khalid atas prinsip “good faith” namun kes seperti ini tidak lagi terpakai dengan akuan bersumpah yang dikemukakan oleh 30 orang ADUN PKR, DAP dan Pas hari ini.

Oleh kerana Tuanku Sultan berangkat ke luar negara tanpa menamakan pemangku, tiada sesiapa boleh membuat keputusan ini sehingga baginda pulang ke tanah air atau mengeluarkan titah perintah dari luar negara.

Adalah dijangkakan Baginda tidak akan membuat sebarang keputusan sebelum pulang ke tanah air. Ini bermakna Khalid mempunyai masa sehingga 23 Ogos 2014 untuk memikirkan tindakan politik beliau.

1. Apakah dalam masa sesingkat ini Khalid akan berjaya mengubah beberapa orang daripada 30 orang tersebut agar menarik balik akuan bersumpah mereka? Jika beliau berjaya, mungkin ada peluang beliau kekal. Namun peluang tersebut hampir mustahil. Sejak beberapa hari lalu kami telah mendedahkan siri-siri tanda pembelotan Pas (1, 2, 3, 4, 5)

Dengan pembelotan Saari Sungip dan Hasnul Baharuddin, Pas melengkapkan strategi pengkhianatan mereka. Mesyuarat Lujnah Politik mereka esok dan mesyuarat Jawatankuasa Pas Pusat 17 Ogos ini tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk mengekalkan Menteri Besar Khalid Ibrahim lagi.

2. Khalid akan menghadap Tuanku pada 23 Ogos ini dan meletak jawatan secara sukarela bagi membolehkan proses demokrasi berjalan dengan tenang dan lancar. Namun sesiapa yang mengenali Khalid semasa beliau di Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Guthrie pasti tidak akan percaya Khalid akan berundur secara sopan dan teratur.

3. Khalid akan menghadap Tuanku Sultan pada 23 Ogos ini dan memohon dipanggil sidang Dewan Negeri Selangor bagi tujuan undi tidak percaya. Kaedah ini mungkin digunakan Khalid sekiranya beliau mampu menarik sokongan secara sembunyi beberapa ADUN PKR dan DAP menyokongnya secara senyap sehingga undi tidak percaya dibuat.

4. Pilihan keempat ini bermungkinan besar dibuat oleh Khalid iaitu memohon Tuanku Sultan Selangor membubarkan Dewan Negeri Selangor, sekaligus memaksa satu Pilihan Raya Negeri Selangor diadakan. Namun Tuanku mempunyai kuasa untuk memperkenankan permohonan ini atau memanggil semua ADUN yang menyokong Wan Azizah Wan Ismail bagi mengesahkan sokongan mereka.

5. Khalid akan cuba mengekalkan jawatannya sehingga November 2014 iaitu tarikh akhir mengadakan Mesyuarat Dewan Undangan Negeri Selangor dalam tempoh enam bulan. Jika Dewan Negeri Selangor tidak bermesyuarat sehingga November ini, ia akan bubar secara sendirinya.

– mykmu.net

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");