Berita Hari Ini

Si kecil selami derita Gaza

budak

Kuala Lumpur: Usia mereka hanya 10 tahun. Tapi, luahan hati terhadap penderitaan penduduk Gaza menerusi surat dalam Bahasa Inggeris amat mengagumkan.

Malah, surat mereka yang kemudiannya dimuat naik ke laman Facebook menjadi viral kerana menarik perhatian ramai pengguna dengan kebanyakannya memberi reaksi positif.

Biarpun, beberapa tatabahasa perlu diperbetulkan oleh guru mereka, surat mereka nyata menyentuh hati pengguna laman sosial dan boleh dianggap mencapai maksud penyampaian.

Itulah luahan Mohammad Aqeef Mohd Radzlan yang mendakwa dia menulis surat itu bagi menggambarkan perasaannya terhadap penderitaan penduduk Gaza.

“Dalam surat itu juga saya sertakan sebab mengapa Israel perlu berhenti menyerang Palestin. Palestin negara miskin dan tidak ada upaya membalas serangan senjata canggih Israel,” katanya.

Menurut anak kedua daripada empat beradik itu dan belajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Setiawangsa, dia mahu Israel menghentikan serangan ke atas bumi Palestin.

Katanya, dia juga sentiasa mengikuti perkembangan semasa mengenai nasib rakyat Palestin di televisyen, media tempatan, laman blog selain berkongsi maklumat dan pengetahuan bersama keluarga serta rakan.

Bagi rakannya yang juga anak bongsu daripada dua beradik, Farhad Rusyidi, berkata dia sedih dengan situasi melanda penduduk Gaza.

“Isi surat itu mengenai sejarah kedua-dua negara di mana sebelum ini Palestin pernah membantu Israel. Jika Israel hancurkan bumi Palestin, negara itu akan musnah kerana Palestin hidup susah,” katanya.

Selain itu, guru kelas, Wan Faris Mohd Wan Yusoff, 26, berkata saya kerap mendedahkan maksud kemanusiaan dalam slot pengajaran kepada muridnya.

Sementara itu, Guru Besar SK Setiawangsa merangkap Pengerusi Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia, Ruslan Madon berkata pihaknya terkejut dan tidak menyangka surat rasmi yang dimuat naik di laman sosial itu mendapat perhatian pengguna dan orang ramai.

“Ini juga perkembangan positif yang pihak kami terima dan ia sesuatu membanggakan. Pihak sekolah sentiasa menekankan kepada murid untuk mempunyai sikap saling membantu di kalangan manusia dan mereka yang memerlukan.

“Baru-baru ini, pihak sekolah turut melancarkan kutipan derma di kalangan murid dan ibu bapa dan berjaya mengutip RM6,080 untuk disumbangkan kepada penduduk Gaza,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");