Jenayah

Sindiket proses dadah putih mata

sindiket proses dadah0

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket memproses dadah jenis ekstasi selepas menyerbu sebuah rumah di Taman Bukit Jaya, Ulu Tiram, dekat sini 17 Ogos lalu.

Dalam serbuan oleh sepasukan anggota dan pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Johor sekitar jam 7.20 malam itu, seorang lelaki berusia 42 tahun turut ditahan.

Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, pemeriksaan ke atas rumah itu membawa kepada penemuan dan rampasan pil ekstasi seberat 2.2 kilogram (kg), serbuk ekstasi (21kg) dan kafein (22kg) bernilai keseluruhan RM3.8 juta.

“Turut dirampas bahan kimia dan peralatan memproses dadah. Pil ekstasi yang dirampas dipercayai untuk kegunaan pengunjung di pusat hiburan tempatan. Rampasan ini mampu digunakan 40,000 pengguna,” katanya pada sidang media, semalam.

Mohd Mokhtar berkata, maklumat awal mendedahkan aktiviti pengedaran dadah itu dikesan sejak empat bulan lalu dan usaha masih dijalankan bagi mengesan lain-lain suspek terlibat.

“Suspek yang ditahan mempunyai dua rekod kesalahan lalu dan saringan ujian air kencing mendapati suspek positif dadah.

“Suspek kini ditahan reman tujuh hari mulai 18 hingga 24 Ogos ini untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan,” katanya.

Selain itu, beliau memberitahu, seramai 27,144 orang diperiksa Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Johor sepanjang Januari hingga 17 Ogos lalu.

Katanya, seramai 13,027 orang ditangkap atas pelbagai kesalahan yang mana 1,314 pengedar, 11,657 penagih dan 56 ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas).

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");