Berita Hari Ini

Sultan Nazrin terima anugerah Beret Merun, Sayap Penerjunan Kehormat

NSTP

MELAKA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini dianugerahkan Beret Merun dan Sayap Penerjunan Kehormat 10 Briged Para oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Terendak di sini.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Jurutera Diraja menerima penganugerahan itu daripada Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor.

Upacara penganugerahan itu didahului dengan demonstrasi kepakaran anggota pasukan 10 Briged Para antaranya terjun bebas, pameran statik kenderaan tempur dan peralatan payung terjun, renang tempur dan tempur tanpa senjata membabitkan penyertaan 800 anggota.

Upacara berkenaan turut diserikan pertunjukan udara daripada Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) menggunakan sebuah helikoper EC 725 dan dua buah helikopter 109 Agusta milik Pasukan Udara Tentera Darat.

Penganugerahan beret dan sayap yang menjadi kebanggaan 10 Briged Para itu adalah penghormatan dan pengiktirafan briged berkenaan kepada individu, pemimpin tertinggi tentera atau kerajaan sama ada di dalam atau luar negara.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");