Sukan Hari Ini

T-Team mahu tebus kekalahan

t team

SELEPAS diaibkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), 1-4 dalam aksi ketiga kumpulan D saingan Piala Malaysia, Sabtu lalu, T-Team tekad mahu menebus kekalahan itu ketika menerima kunjungan juara Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam nanti.

Biarpun menyedari kedudukan skuad The Titans itu dilihat sedikit sukar untuk melepasi saingan peringkat kumpulan, namun  Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ab Rasid Jusoh masih menaruh keyakinan T-Team mampu bangkit meraih kemenangan.

Justeru, beliau menuntut skuad kendalian Anuar Abu Bakar itu segera melupakan kekalahan tempoh hari dan kembali fokus dalam memburu slot ke pusingan seterusnya dengan melakarkan kejayaan khususnya baki tiga perlawanan ini.

Menurutnya, kem T-Team masih mempunyai masa untuk mencuri peluang itu dengan syarat pemain perlu membuktikan kesungguhan mereka pada pertemuan penting malam ini.

“Buat masa sekarang kita sudah tidak boleh hilang mata lagi dalam baki tiga perlawanan ini. Kita perlu lakukan kejutan dan saya yakin pemain mampu melakukannya.

“Kita sudah melihat bagaimana corak permainan Sang Saka Biru dan saya harap pemain dapat ambil pengajaran pada perlawanan itu serta mampu menebus semula kekalahan  di tempat sendiri nanti,” katanya di sini, semalam.

Dalam pada itu, Ab Rasid yang juga penolong pengurus pasukan turut menaruh kepercayaan terhadap kemampuan pengendali baharu pasukan, Anuar Abu Bakar dan kesungguhan pemain T-Team  untuk bangkit semula dalam melakarkan kemenangan nanti.

Katanya, apa yang penting pasukan perlu mempertajamkan lagi jentera serangan selain memperkukuhkan semula  benteng pertahanan daripada dibolosi pasukan lawan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");