Sukan Hari Ini

The Titans ibarat harimau terluka

the titans

PENYERANG Polis Diraja Malaysia (PDRM), Bobby Gonzales menyifatkan T-Team ibarat harimau terluka yang bersedia membaham pasukannya pada pertemuan kedua di Stadium Sultan Nasiruddin Shah malam ini selepas lawan mengalami kekalahan 1-4 pada perlawanan Kumpulan D, Sabtu lalu.

Namun itu bukan bermakna pemain skuad Sang Saka Biru itu ‘kecut perut’ kebangkitan ingin dicipta The Titans yang dipimpin jurulatih, Anuar Abu Bakar itu sebaliknya Boby yakin mereka mampu mengulangi kejayaan sama berdasarkan keyakinan pemain yang kini memang berada di peringkat terbaik selepas menewaskan lawan tempoh hari.

“Saya tahu T-Team pasti lebih bahaya selepas kalah kepada PDRM dalam perlawanan sebelum ini. Mereka pasti akan mengubah strategi.

“Tapi kami akan bermain dengan kekuatan yang ada dan tidak memandang rendah pasukan lawan. Kami sedar mereka berpeluang mencipta kejayaan kali ini tapi menasihatkan mereka jangan terlalu yakin sebaliknya bermain seperti biasa.

“Yang penting PDRM akan turun beraksi dengan sikap ingin menang,” katanya.

Pada masa sama, pemain berusia 30 tahun itu turut berharap momentum persembahan terbaik pemain dapat dikekalkan dalam pertemuan itu biarpun kini sudah boleh menarik nafas lega kerana hanya selangkah ke pusingan suku akhir.

Boby berkata, beliau tidak mahu rakan sepasukannya mendabik dada dan leka dengan prestasi sedia ada sebaliknya terus berusaha mengekalkan rekod tanpa kalah dalam peringkat kumpulan.

“Kita tetap turun dengan misi tiga mata walaupun keputusan seri sudah cukup melayakkan PDRM ke suku akhir.

“Kami mahu menang untuk mengekalkan perkara positif dalam pasukan untuk persiapan menghadapi aksi seterusnya,” ujarnya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");