Berita Hari Ini
Like

Trend miliki rumah kecil di Colorado

August 6, 2014
271 Views
0 Comments
1 minute read
Trend miliki rumah kecil di Colorado

SEBUAH rumah kecil keluaran Tumbleweed dipamerkan di Boulder, Colorado kelmarin:-

BOULDER, Colorado – Sekumpulan penduduk di Amerika Syarikat (AS) memilih untuk tinggal di rumah yang lebih kecil kerana bimbang dibebani masalah hutang dan kesan terhadap alam sekitar kerana memiliki rumah yang besar, lapor akhbar MailOnline semalam.

Komuniti yang digelar sebagai Pergerakan Rumah Kecil dianggotai sekumpulan individu dewasa yang gembira mengecilkan saiz kediaman mereka dan hidup dalam keadaan yang penuh kesederhanaan.

Purata keluasan rumah penduduk di AS adalah sekitar 241 meter persegi tetapi kumpulan berkenaan gembira tinggal di rumah yang mempunyai keluasan dari 9.29 meter persegi hingga 37.16 meter persegi.

Sebuah syarikat pembinaan, Tumblewee memperkenalkan rumah kecil yang diperbuat daripada kayu dan mempunyai ruang untuk empat lelaki dewasa tidur dengan selesa.

Rumah berkenaan mempunyai pelbagai bentuk dan saiz serta ia juga masih mempunyai kemudahan asas termasuk tandas, bilik air dan dapur.

– Agensi

Leave a Reply