Membawang Hari Ini

Amy Search dan Nabila Huda berkongsi pentas di Singapura 20 September

KUALA LUMPUR: Meneruskan kesinambungan yang dilakukan sebelum ini menerusi kempen Ops Gerak Merdeka bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 yang lalu, Amy Search terus menyemarakkan semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia, baru-baru ini.

Rockers popular itu memanjangkan apa yang diusahakannya sebelum ini untuk sambutan Hari Malaysia yang ke-51 pula. Kali ini selama dua hari sejak 15 dan 16 September lalu, bapa kesayangan Nabila Huda itu terbang ke Sabah pula meneruskan misi murni beliau.

Lapan lokasi di Sabah menjadi pilihan iaitu ialah Restoran Opah Cook, Universiti Malaysia Sabah, Pantai Tanjung Lipat, Kompleks Sukan Likas, Jesselton Point, First Beach Tanjung Aru, Borneo Autoshow dan Suria Sabah Mall.

Sambutan yang diraih cukup memberangsangkan. Amy yang dihubungi pagi tadi bersyukur usaha kecilnya ini mendapat tempat di hati masyarakat serta menerima maklum balas positif. Amy sendiri lahir setahun selepas negara mencapai kemerdekaan.

“Ini antara bahagian yang saya boleh sumbangkan dalam memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai kecintaan kita terhadap negara tersayang. Kita boleh terus hidup dalam harmoni jika rasa kecintaan dan sayang terhadap negara itu terus menebal dalam diri.

“Biarpun kita sekarang hidup dalam situasi aman dan tenteram tanpa perlu merasai kegetiran serta kepayahan generasi dulu dalam mendapatkan kemerdekaan, kita tidak boleh mengambil mudah kerana silap langkah ia boleh hilang begitu saja,” katanya.

Amy dalam perkembangan lain akan menghiburkan peminatnya di Singapura pada 20 September ini. Malah lebih istimewa, Amy mengesahkan beliau turut mengundang Nabila Huda untuk membuat persembahan dengannya.

Konsert diberi nama Amy Search Live In Singapore itu akan diadakan di The Star Performing Arts Centre jam 8 malam. Untuk perkembangan lanjut, sila layari Twitter @LiveEmpire dan @akuamysearch serta facebook, www.facebook.com/AkuAmySearch.

“Nabila sudah dimaklumkan perkara ini dan kami dijangka berduet dua buah lagu. Saya sendiri juga cukup teruja untuk menghiburkan peminat di sana. Jumpa di sana ya!,” katanya.

Maklumat mengenai konsert ini juga boleh dilayari menerusi laman sesawang, www.sictic.com.sg/events

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");