Sukan Hari Ini

Jangan panik!

Incheon: Tidak perlu panik dan terburu-buru mencari gol. Itulah pendekatan diterapkan Datuk Ong Kim Swee bagi menghadapi misi hidup mati menentang Laos pada perlawanan Kumpulan A bola sepak Sukan Asia di Stadium Ansan Wa, hari ini.

Selepas kecundang 0-3 kepada tuan rumah Korea Selatan pada perlawanan pertama Ahad lalu, skuad Harimau Muda tidak boleh alpa lagi sebaliknya mesti bangkit mencetak kemenangan andai mahu menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati.

Lantas Kim Swee tidak mahu anak buahnya memandang remeh cabaran lawan yang turut tewas 0-3 di tangan Arab Saudi pada perlawanan pertama mereka.

“Bukannya mudah buat pemain selepas kalah kepada Korea, tapi kami mesti berusaha memenangi dua perlawanan terakhir kumpulan. Kami memandang serius cabaran Laos dan tidak boleh mengambil mudah pertemuan ini.

“Bagaimanapun pemain tidak perlu panik dan tidak harus terburu-buru untuk mencari gol. Jika kami bermain mengikut perancangan, saya yakin tiada masalah untuk mencatat kemenangan,” jelas Kim Swee semalam.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");