Jenayah

Bukit sampah tapak haram

sampah

Selayang: Kebakaran di sebuah pusat pembuangan sampah di Sungai Kertas, Selayang, kelmarin membongkar pusat pengumpulan itu yang beroperasi secara haram sejak beberapa bulan lalu

Difahamkan, pusat itu menerima sisa buangan bahan binaan dan sampah-sarap oleh pihak tertentu hingga mencemarkan kawasan berkenaan.

Sampah setinggi lebih 20 meter itu akhirnya disedari orang ramai apabila terlihat kepulan asap di lokasi berkenaan, kira-kira dua kilometer dari kawasan penempatan penduduk.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Selayang Narmizi Hamzah berkata, pihaknya pernah menerima beberapa aduan penduduk sebelum ini berkaitan kejadian itu.

Menurutnya, kebakaran bermula dari bawah timbunan sampah yang memerlukan jentera besar bagi mengalihkan timbunan itu.

“Sehubungan itu, satu operasi bersepadu Balai Bomba dan Penyelamat Selayang bersama Majlis Perbandaran Selayang (MPS) dijalankan bagi memadamkan kebakaran itu,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Katanya, operasi bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 4 petang membabitkan 12 anggota termasuk kakitangan MPS.

“Kita hanya berperanan memadamkan kebakaran manakala tindakan susulan mengenai pusat itu diserahkan kepada MPS,” katanya.

Menurutnya, pasukannya turut melakukan pemantauan semalam bagi memastikan api di kawasan itu padam sepenuhnya.

“Hasil pemantauan mendapati kawasan sampah itu sudah dapat dipadamkan sepenuhnya,” katanya.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");