Jenayah

Geng pecah kereta bermaharajalela

geng pecah kereta

KUANTAN – Penduduk Lorong Bukit Setongkol 44, di sini ketakutan dan bimbang apabila kejadian samun dan pecah kereta semakin menjadi-jadi di kawasan mereka.

Penduduk, Wong Swee Lim,58, berkata, kereta diletakkan di luar rumah bukan sahaja dipecah, tetapi beberapa komponen penting dalam kereta turut dicuri termasuk duit.

Menurutnya, dia tidak menyangka tindakan meletakkan kereta di luar rumah mengundang padah apabila cermin tingkap dipecahkan pencuri.

“Apabila keluar rumah jam 8 pagi semalam, saya lihat cermin kereta sudah pecah dan pemain cakera padat (CD) di tempat radio sudah lesap.

“Kami sekeluarga sudah rasa tidak selamat walaupun berada dalam rumah sendiri. Ini bukan kejadian pertama berlaku di sini, beberapa jiran di sini turut menerima nasib yang sama,” katanya.

Sementara itu, nasib Wong mendapat perhatian daripada Adun Teruntum, Sim Chon Siong.

Sim berkata, pihaknya telah dimaklumkan sudah berlaku enam kejadian jenayah di sini dalam masa tiga bulan dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan bagi mengatasi masalah ini.

Menurutnya, kejadian jenayah di sekitar daerah ini semakin membimbangkan dan mahu satu penyelesaian dilaksanakan agar penduduk tidak ketakutan lagi.

“Rakyat hanya mahu selamat, oleh itu menjadi tanggungjawab pihak polis melakukan apa sahaja bagai mengelakkan kejadian ini berlaku.

“Apabila berada dalam rumah sendiri pun masih ketakutan, saya khuatir mereka bukan sahaja berdepan dengan risiko kecurian tetapi boleh menyebabkan mereka kehilangan nyawa juga,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar pihak polis melaksanakan pemantauan dengan lebih kerap di kawasan ini bagi mengelakkan sebarang kejadian jenayah berlaku.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");