Sukan Hari Ini

Dollah belum puas

PENGENDALI Harimau Malaya, Dollah Salleh masih belum berpuas hati dengan persembahan anak didiknya walaupun mencatatkan kemenangan mudah 4-1 ke atas Kemboja dalam aksi perlawanan persahabatan antarabangsa, malam kelmarin.

Jelasnya, masih banyak yang perlu diperhalusi dan diperbaiki terutamanya di bahagian pertahanan yang longgar.

“Secara keseluruhannya saya belum berpuas hati dengan persembahan pemain, memang kita menang tapi jika dilihat masih terdapat kesilapan mudah dilakukan pemain.

“Nasib baik lawan Kemboja, kalau lawan Thailand atau Indonesia, masak kita dibuatnya terutamanya bahagian pertahanan. Apa yang jelas kemenangan ini sekurang-kurangnya menyuntik semangat kami.

“Namun, kehadiran Joseph Kalang Tie memberikan sedikit kelainan semasa kami melakukan serangan dan dia memberikan banyak impak dalam pasukan,” ujarnya dalam sidang akhbar selepas perlawanan.

Mengulas kemarau jaringan gol dilakukan penyerang, Dollah tetap berkeyakinan Norshahrul Idhlan Talaha dan Safee Salie akan membuktikan statusnya selaku peledak dalam masa terdekat.

“Memang tiga gol pasukan terhasil bukan dari jentera serangan, itu kami akui namun seperti yang saya katakan kita masih lagi memilih barisan pemain.

“Sebelum ini pun kita tidak memberikan sepenuhnya aksi kepada Mat Yo ketika tewas kepada Indonesia 0-2, begitu juga malam ini apabila Safee hanya beraksi ketika perlawanan berbaki 15 minit terakhir.

“Beri mereka masa dan saya percaya mereka mampu melakukannya,” katanya.

Pada aksi malam kelmarin, Joseph Kalang Tie paling mencuri tumpuan dalam perlawanan itu apabila menjaringkan dua gol. Dua lagi gol skuad negara diperoleh menerusi jaringan sendiri Moul Daravron dan Baddrol Bakhtiar.

Dollah menurunkan kesebelasan utama yang berbeza berbanding berdepan Indonesia pada 14 September lalu dengan Abdul Manaf Mamat diberi kepercayaan mengetuai jentera serangan.

Selepas ini Harimau Malaya akan mengadakan perlawanan amal menentang Terengganu minggu depan sebelum berdepan lawan sebenar,  Jordan yang lebih berkualiti pada 11 Oktober di Stadium Nasional, Bukit Jalil.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");