Jenayah

‘Latino Botak Tatu’

Shah Alam: Mereka masuk ke negara ini sebagai pelancong sebelum bertindak menjalankan kegiatan pecah rumah di kawasan taman perumahan elit di bandar raya ini sebagai punca pendapatan utama.

Itu dilakukan tujuh warga Amerika Latin apabila mereka berjaya diberkas polis dalam dua serbuan berasingan, Jumaat lalu.

Kumpulan terbabit yang dikenali sebagai ‘Geng Latino Botak Tatu’ itu terdiri daripada enam lelaki dan seorang wanita berusia antara 24 hingga 43 tahun ditahan di Subang Avenue dan USJ 19 Subang Jaya, kira-kira jam 4.30 pagi.

Modus operandi kumpulan ini ialah menggunakan rakan wanita mereka untuk meyakinkan pengawal keselamatan bagi membolehkan mereka masuk ke kawasan perumahan elit sebelum bertindak menekan loceng atau membaling batu ke kediaman mangsa untuk memastikan rumah itu berpenghuni atau sebaliknya.

Hasil tangkapan itu, polis menemui pelbagai barangan dipercayai hasil aktiviti pecah rumah yang belum sempat dijual antaranya TV LCD, kamera digital, jam tangan, telefon bimbit serta dua kenderaan mewah jenis Toyota Estima dan Honda City yang digunakan mereka.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");