Sukan Hari Ini

Liga Juara: Jurulatih Barca, Enrique sedia dikritik

PARIS: Luis Enrique sedang menikmati tempoh ‘bulan madu’ selaku jurulatih baru Barcelona ketika ini namun dia sudah bersedia berdepan kritikan seandainya skuad bimbingannya itu mengharungi kekalahan.

Kelab gergasi Catalan itu sudah menang lima dan sekali seri dalam enam perlawanan La Liga, lebih menarik tanpa melepaskan sebarang gol selain menewaskan kelab Cyprus, APOEL 1-0 pada aksi pembukaan Liga Juara-Juara Eropah, dua minggu lalu.

Dan pertembungan dengan gergasi Perancis, Paris Saint-Germain (PSG) di laman lawan harus menjadi ujian paling getir buat buat Enrique sejak memegang jawatan dan sedar sebagai jurulatih Barca, dia sedar ketegangan yang baik dihadapi daripada pihak media seandainya mereka tidak memperoleh kejayaan yang diharapkan.

“Pertahanan yang kami miliki di sini semuanya amat baik dan semuanya mampu beraksi dengan baik,” kata Enrique mengenai rekod pertahanan menakjubkan anak buahnya ketika ini.

“Apabila kami mula melepaskan gol, ia adalah kerana saya sudah mula membuat penukaran pemain.

“Itu adalah bola sepak. Saya tahu di mana saya berada, pekerjaan apa yang saya pegang namun saya akan terus melakukan apa yang paling bagus saya lakukan dan apa yang terbaik untuk pasukan saya,” katanya.

Penjaga gol Jerman, Marc-Andre ter Stegen dijangka akan diturunkan sekali lagi dalam aksi Eropah menggantikan Claudio Bravo yang menjadi pilihan utama di La Liga.

Manakala dua pertahanan tengah kental, Gerard Pique dan Jordi Alba dijangka kembali disenaraikan selepas sekadar memerhati Barca membelasah Granada 6-0, minggu lalu.

Barcelona ketika ini bersedia untuk meleburkan rekod 29 perlawanan tanpa kalah PSG di laman sendiri dalam kempen Eropah, venue sama yang menyaksikan kelab Sepanyol itu seri 2-2 pada musim 2-12/13.

Enrique sebelum ini pernah beraksi dalam satu pasukan bersama jurulatih PSG, Laurent Blanc di Barcelona di bawah kendalian jurulatih, Bobby Robson pada musim 1996-97. – AFP

-berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");