Jenayah

Lima premis hangus rugi RM3 juta

Melaka: Lima premis termasuk sebuah stor penyimpanan minyak pelincir musnah terbakar membabitkan kerugiaan dianggarkan lebih RM3 juta di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana Malim Jaya, Malim di sini malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 tangah malam itu turut memusnahkan 20 kereta, van (2) dan sebuah motosikal yang ditempatkan di dua bengkel di situ.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Sohaimi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 12.36 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebanyak enam jentera dan tujuh kenderaan utiliti bersama 57 pegawai serta anggota membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Kubu, Ayer Keroh, Tangga Batu, Bukit Katil dan Jasin Bistari ke lokasi.

“Kami mengalami kesukaran di peringkat awal kerana ia membabitkan minyak dan sebanyak 78 tong buih digunakan bagi mengawal serta memadamkan kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini.

Menurutnya, api berjaya dikawal jam 2 pagi dan padam sepenuhnya jam 3.25 pagi, pihaknya juga terpaksa memecahkan pintu belakang premis terbabit bagi memadam kebakaran dari merebak ke premis bersebelahan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");