Jenayah

Tiga premis musnah termasuk 20 buah kereta

MALIM – Tiga premis termasuk sebuah stor penyimpanan minyak pelincir musnah dalam kebakaran membabitkan kerugian dianggarkan lebih RM3 juta di Kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Malim Jaya, di sini, malam tadi.

Kejadian kira-kira jam 12.30 malam itu turut memusnahkan 20 buah kereta, dua van dan sebuah motosikal yang ditempatkan di dua bengkel yang hangus terbakar.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, Sohaimi Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian jam 12.36 malam dan tiba di lokasi 10 minit kemudian.

“Sebanyak enam jentera dan tujuh kenderaan utiliti bersama 57 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Kubu, Ayer Keroh, Tangga Batu, Bukit Katil dan Jasin Bistari bergegas ke lokasi.

“Kesukaran dihadapi di peringkat awal kerana kebakaran membabitkan minyak selain terpaksa menggunakan 78 tong buih digunakan bagi mengawal serta memadamkan kebakaran,” katanya ketika ditemui malam tadi.

Sohaimi berkata, pihaknya terpaksa memecahkan pintu beberapa premis terbabit bagi memadam kebakaran daripada terus merebak ke premis bersebelahan.

Api berjaya dikawal jam 2 pagi dan padam sepenuhnya jam 3.25 pagi.

-sinar harian/foto sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");