Jenayah

Mengaku curi televisyen, jag elektrik

KUALA TERENGGANU – Seorang pekerja pelantar yang memecah masuk serta mencuri sebuah televisyen dan sebuah jag elektrik milik seorang nenek dijatuhi hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu semalam.

Muhd Nasrul Othman, 26, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku salah mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dia mengaku salah pecah rumah dan mencuri sebuah televisyen jenama 32 inci dan sebuah jag elektrik milik mangsa, Hasnah Long, 77, di kediamannya di Kampung Telok
Menara, Manir, di sini, pada 12 Jun lalu, kira-kira jam 8.15 pagi.

Dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda dan jika kesalahan yang dimaksudkan hendak mencuri, tempoh penjara boleh dipanjangkan sehingga 14 tahun.

Mengikut fakta kes, kejadian itu hanya disedari oleh cucu mangsa apabila membuat pemeriksaan di rumahnya selepas ditinggalkan seminggu sebelum kejadian, kerana mangsa pergi ke rumah anaknya di Kemaman.

Cucu mangsa mendapati gril di kedua-dua pintu dapur mempunyai kesan diumpil sebelum mengambil keputusan untuk masuk membuat pemeriksaan dan mendapati keadaan rumah berselerak.

Muhd Nasrul berjaya ditangkap di rumahnya di Kampung Padang Macang, Manir.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");