Sukan Hari Ini

Reds belum cukup merah

MUSIM lalu, Liverpool tampil dengan aksi yang menakjubkan sehingga digeruni lawan namun kini nampak berbeza di mana mereka tidak ‘semerah’ seperti sebelum ini.

The Reds sempat memberi saingan kepada pendahulu liga, Manchester City sebelum akur dengan kedudukan di tempat kedua sekali gus melayakkan mereka untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Namun, awal musim ini menyaksikan mereka tidak segah musim lalu, berkemungkinan kesan ketiadaan penyerang sensasi mereka, Luis Suarez yang berpindah ke Barcelona.

Sebagai ganti pemergian Suarez ke La Liga, pengendali Liverpool, Brendan Rodgers mendapat peruntukan yang sangat besar dengan melakukan pembelian pemain baharu, keseluruhannya berjumlah hampir £100 juta.

Bagaimanapun, impak sembilan pemain baharu yang dibeli itu masih belum mendatangkan hasil yang positif buat Reds. Mereka belum cukup serasi melainkan Alberto Moreno dan Javier Manquillo.

Buktinya, berdasarkan lima rekod yang perlawanan musim lalu, Reds memperoleh 10 mata tetapi dalam tempoh sama musim ini, mereka hanya mengumpul enam mata.

Reds merekodkan dua kemenangan dan selebihnya tewas. Terbaru mereka ditundukkan West Ham United, 3-1, semalam.

Reds belum capai standard

KELEMAHAN ketara dalam aksi awal pagi itu jelas menunjukkan barisan pertahanan Reds begitu longgar selain beberapa pemain yang ‘tidur’ seperti kapten, Steven Gerrard.

Reds seakan hilang arah ketika berdepan The Hammers. Pemain tengah yang diketuai Gerrard langsung tidak mendatangkan sebarang cabaran buat lawan.

Mereka juga mudah kehilangan bola selain hantaran yang tidak tepat.

Di situ, Hammers mengambil kesempatan di atas kelemahan Reds dengan Winston Red, Diafra Sakho dan Carl Jenkinson merekodkan nama selaku penjaring West Ham.

Jika corak sebegitu masih dipamerkan oleh Reds, mereka perlu terus melupakan perebutan gelaran liga dan letakkan sasaran baru iaitu empat pasukan terbaik.

Sasaran itu pun tidak mudah andai mengambil kira prestasi pasukan lain antaranya Chelsea, City, Arsenal dan Manchester United.

Akui Rodgers, pasukannya belum mencapai standart pemain seperti musim lalu dengan merekodkan 101 gol di mana gandingan Suarez dengan Daniel Sturridge sahaja meledakkan 52 gol.

Meskipun begitu, Rodgers tetap yakin semangat merah akan tetap muncul dalam diri pemain, sama seperti musim lalu.

Lupakan pemburuan juara EPL

SEBELUM bermulanya saingan EPL, Liverpool diletakkan sebagai antara calon popular untuk merangkul gelaran liga selepas aksi terbaik yang dipamerkan musim lalu.

Bagaimanapun, Reds menempah laluan berliku dengan aksi terumbang ambing dalam lima perlawanan sebelum ini.

Bagi Rodgers, selepas menilai lima perlawanan, dia menegaskan pemburuan gelaran juara itu harus dilupakan.

Apa yang penting jelasnya selepas kekalahan di tangan Hammers, Liverpool perlu memperbaiki segala kelemahan.

“Kami sudah tewas tiga kali jadi kami tidak boleh berbicara mengenai gelaran juara sehingga kami benar-benar konsisten,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");