Sukan Hari Ini

Roma mula langkah kanan

roma

AS Roma memulakan kempen Serie A dengan langkah kanan apabila menewaskan Fiorentina 2-0 di laman sendiri, awal pagi semalam.

Dalam pertemuan itu, kedua-dua gol kemenangan Roma diperoleh menerusi Radja Nainggolan dan Gervinho masing-masing pada minit ke-28 dan masa kecederaan babak kedua, sekali gus meletakkan skuad Giallorossi di kedudukan teratas carta liga.

Pengendali Roma, Rudi Gracia berkata, beliau gembira dengan gaya permainan versatil yang ditunjukkan anak buahnya dalam mencorakkan serangan ke arah kubu lawan.

“Sangat penting buat kami untuk memulakan kempen dengan kemenangan.

“Pemain bermain sangat bagus dan jangan lupa bahawa kami berdepan pasukan yang pakar dalam penguasaan bola, tapi kami berjaya mendominasi permainan selama satu jam pertama.

“Mereka sangat bekerja keras ketika menyerang dan bertahan,” katanya.

Selepas ini, Roma akan berdepan Empoli bagi aksi kedua Serie A pada 14 September ini.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");