Berita Hari Ini

Yakin duduki kerusi wakil tidak tetap UNSC

NEW YORK – Malaysia melahirkan keyakinan dapat menduduki kerusi wakil tidak tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) bagi tempoh 2015-2016.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman pada Jumaat berkata, Malaysia mempunyai alasan untuk percaya bahawa ia boleh mendapatkan sokongan majoriti dua pertiga daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), untuk menduduki kerusi berkenaan.

“Malaysia berada di arena antarabangsa, usahanya dalam memudahkan proses keamanan, statusnya sebagai negara Islam sederhana dan Pengerusi Asean tahun depan adalah faktor penyumbang,” katanya kepada media Malaysia di sini.

Negara-negara anggota PBB akan mengundi pada Perhimpunan Agung PBB yang sedang berlangsung kini dan keputusannya dijangka diketahui bulan depan.

Malaysia pernah menduduki kerusi Majlis Keselamatan PBB sebanyak tiga kali sebelum ini, iaitu pada tahun 1965 (berkongsi dengan Repubik Czech yang berkhidmat pada 1964 dan Malaysia pada 1965), 1989-1990 dan 1999-2000.

Anifah berkata pencalonan Malaysia untuk kerusi UNSC telah mendapat sokongan daripada banyak negara.

Keanggotaan dalam UNSC akan membolehkan Malaysia terus menyokong keamanan dalam menghalang konflik serta menggalakkan pengantaraan sebagai pendekatan ke arah penyelesaian konflik secara aman.

Tema kempen pencalonan Malaysia ialah ‘Keamanan dan Keselamatan melalui Kesederhanaan’.

Majlis Keselamatan merupakan badan keselamatan tertinggi yang diiktiraf dunia untuk mempertahan dan memelihara keamanan, keselamatan global. Lima wakil tetapnya ialah – China, Perancis, Rusia, United Kingdom dan Amerika Syarikat – dengan hak kuasa veto.- Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");