Isu Panas

Anwar desak kerajaan dedah jumlah cukai 20 bilionair Malaysia

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendesak kerajaan supaya mendedahkan jumlah cukai yang dibayar oleh 20 bilionair Malaysia untuk diketahui oleh rakyat.

Ketika membahas menyokong Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan 2014) pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, beliau berkata, tidak ada sebab kenapa kerajaan perlu menyembunyikan daripada rakyat.

“Saya pun nak tahu jumlah cukai yang dibayar oleh 20 orang terkaya ini termasuk anak kepada seorang (bekas) pemimpin negara,” katanya.

Walaupun Anwar tidak menyatakan nama bilionair itu, tetapi mengikut laporan terkini majalah Forbes’, Tan Sri Robert Kuok Hock Nien berada dalam senarai teratas, diikuti Tan Sri T. Ananda Krishnan, Tan Sri Lim Kok Thay dan keluarga, Tan Sri Quek Leng Chan dan Tan Sri Teh Hong Piow.

Nama lain ialah Tan Sri Lee Shin Cheng, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Tan Sri Dr. Yeoh Tiong Lay, Tan Sri Tiong Hiew King dan Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun.

– MalaysiaGazette

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");