Membawang Hari Ini

Bukan mahu cemar

Bukan mahu mencemarkan, sebaliknya mahu memberi nafas baru terhadap lagu bergenre puisi yang semakin terpinggir di kalangan masyarakat. Justeru, perkara itu mendorong duo Grup Lagu Puisi (GLP) yang dianggotai Wan Nur Ilyani Wan Abu Bakar atau Ilya dan Mohd Hijasri Hassim (Hijas) mengundang RJ untuk tampil dalam single berjudul Cinta Bukan Milikku.

Lagu berkonsep pop r&b ciptaan Bakri Ismail dan lirik oleh Dinie Wan/ RJ yang dimuatkan dalam album pertama GLP berjudul Perada Cinta ini membawa kelainan untuk mengajak peminat generasi Y mendekati genre puisi.

Sesuatu yang menarik jelas Ilya, lirik lagunya berlawanan di mana mereka melontarkan ayat insan yang menolak cinta, manakala RJ pula insan yang mahu memberikan cinta.

“Maksud lagu ini ­sangat jelas yang menyentuh hakikat dalam bercinta. Ia menyampaikan mesej cinta bukan saja untuk diberi kepada seseorang, malah cinta itu perlu dimiliki kerana percintaan tidak dapat diteruskan tanpa cinta daripada kedua-dua pihak,” kata Ilya.

Menurutnya, atas nasihat Bakri yang juga penerbit lagu ini, mereka bekerjasama dengan RJ bagi menghasilkan lagu puisi yang bernafas moden ­dengan sentuhan lirik rap.

“Apabila muzik siap, kami serahkan kepada RJ untuk dia dengar dan dia menggunakan kepakaran­nya menghasilkan lirik untuk lagu ini. Ternyata lagu ini sangat ‘cathcy’.

“Ia strategi pemasaran untuk kami masuk dalam arus perdana muzik tempatan. Kami juga terbitkan muzik video lima lagu dalam album ini termasuk bersama RJ. Muzik video Cinta Bukan Milikku dihasilkan Auszskizo Productions,” katanya.

Tampil dengan sesuatu yang berbeza, RJ mengakui teruja dengan apa yang dilakukan.

“Saya tertarik kerana ini genre puisi. Bakri dan GLP pula berikan kebebasan pada saya untuk menulis lirik pada ‘bahagian’ nyanyian saya. Banyak perkara yang saya belajar dengan GLP terutama penggunaan bahasa genre puisi.

“Selalunya kalau lagu puisi orang pasti ingat kumpulan Kopratasa sahaja, tetapi kini mereka pasti akan kenal GLP sebagai pelapis baru untuk lagu genre begini. Kelainannya muzik yang dibawakan untuk pasaran semasa, manakala muzik­nya dalam bentuk puisi,” katanya.

Album Perada Cinta dilancarkan 15 April lalu oleh Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Datuk Dr Awang Sariyan di Gazebo, Kompleks Perdanasiswa Universiti Malaya. Ia anjuran Seksyen Kesenian, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya dengan kerjasama Persatuan Aktivis e-Sastera Malaysia (E-SASTERA).

“GLP adalah artis rakaman bernaung di bawah label Esastera Record, iaitu laman web yang mengumpulkan pelbagai jenis puisi di internet. Ia diasaskan pensyarah di Universiti Malaya (UM), Profesor Dr Irwan Abu Bakar.

“Penubuhan kami sekurang-kurangnya dapat memeriahkan kembali dunia seni dengan lagu puisi. Single kami sebelum ini ialah Suluh Sinar, Pengharap Cinta dan Perada Cinta,” kata­nya.

Selain menyerahkan urusan pemasaran album kepada syarikat Incitec Music, GLP turut menjual sendiri album mereka kepada penonton ketika mengadakan persembahan di setiap lokasi.

“Kami banyak terbabit menjayakan persembahan anjuran Esastera di beberapa kompleks membeli-belah terkenal. Dari situ, kami dapati ramai juga yang meminati lagu genre puisi.

“Kami juga meneroka pasaran Indonesia dan paling terbaru menjayakan persembahan di Jogjakarta dan sambutan yang diterima sangat menggalakkan.

“Mungkin yang banyak terdedah dengan aktiviti puisi, jadi mereka nak tahu juga perkembangan genre ini di Malaysia. Kami akan ke sana lagi bagi memenuhi undangan pada 10 hingga 12 November ini,” katanya yang berharap peminat menerima kehadiran GLP dalam dunia seni tempatan.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");