Perak Hari Ini

EPU Lulus Projek Hospital Baru Di Seri Iskandar

Berita baik buat rakyat Perak khususnya di Daerah Perak Tengah apabila Unit Perancang Ekonomi (EPU) meluluskan projek pembinaan sebuah hospital baru di Seri Iskandar yang dijadualkan bermula tahun hadapan.

Menteri Besarnya, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata agensi itu juga telah meluluskan pembinaan sebuah institut kemahiran tinggi di kawasan Larut.

“Projek membina klinik kesihatan di kawasan Manjoi juga turut diluluskan dan ia merupakan antara tiga pembangunan besar yang bakal dilaksanakan di Perak dalam tempoh terdekat,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kerajaan negeri juga sedang memperhalusi cadangan Quest International University untuk membina sebuah hospital awam di kawasan Meru.

Mengulas cadangan membina semula kesemua rumah rehat yang diletakkan di bawah kelolaan pihak Majlis Daerah dan Majlis Perbandaran, beliau berkata, kerajaan negeri akan menaiktaraf kemudahan tersebut dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP).

“Kita dapati keadaan rumah rehat begitu daif dan tidak terurus dengan baik. Masalah ini bukan disebabkan oleh kegagalan pengurusan atau bidang kuasa sebaliknya kita memerlukan kepakaran dan kesungguhan bagi mengatasinya,” kata beliau lagi.

Kerajaan negeri tambahnya, akan memberi fokus kepada rumah rehat yang memerlukan penyelenggaraan dan pembinaan semula seperti di Teluk Intan dan Kuala Kangsar.

“Dalam tempoh beberapa tahun akan datang, diharap semua rumah rehat kerajaan dapat dinaiktaraf melalui usahasama pihak PKNP dan Majlis Daerah,” katanya lanjut.

Tambahnya lagi, penjenamaan semula Hotel [email protected] pula akan meliputi bidang perhotelan secara menyeluruh.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");