Jenayah

Lagi kes kanak-kanak tersepit

NILAI – Kelmarin kita melihat wajah takut dan sedih seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun apabila kepalanya tersepit di antara dua besi katil.

Semalam, berlaku lagi kes ‘tersepit’. Tetapi kali ini melibatkan murid perempuan darjah dua yang tersepit di besi penutup longkang sekolahnya.

Kejadian yang dipercayai berlaku sekitar 3.45 petang itu, berjaya diselesaikan kurang lima minit oleh Pasukan Bomba dan Penyelamat Nilai.

Menurut Ketua Operasi, Fauzi Shamir, semasa tiba di lokasi kejadian, beliau mendapati seorang murid perempuan sedang menangis sambil memegang kakinya yang tersepit di besi penutup longkang tersebut.

“Dengan menggunakan pemotong besi, kaki murid itu berjaya dikeluarkan dengan cepat dan selamat,” katanya kepada Sinar Harian.

Tambahnya, kejadian dipercayai berlaku semasa murid itu sedang bermain dengan rakannya.

Tiada sebarang kecederaan berlaku, namun pihak sekolah tetap membawa murid tersebut ke klinik untuk pemeriksaan, sebelum memaklumkan kepada penjaganya.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");