Sukan Hari Ini

Nicol David juara hatrik

RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David menepati ramalan apabila merangkul gelaran hatrik Terbuka Amerika Syarikat di Universiti Drexel, Philadelphia, semalam.

Pemain nombor satu dunia itu, yang memenangi kejuaraan berkenaan pada 2012 dan 2013, bagaimanapun terpaksa berhempas pulas sebelum mengatasi pemain Mesir, Nour El Sherbini, 11-5, 12-10, 12-10 dalam masa 41 minit.

“Saya macam tak percaya. Sherbini bermain cukup bagus dan dan meletakkan permainan saya begitu sukar untuk memenangi gelaran.

“Dia mendapat rentak pada set kedua dan cukup bagus dengan pukulan-pukulan berbisa. Jadi saya terpaksa bersaing dengan kepantasan bola dan pada masa sama membawa permainan ke depan.

“Sekarang, saya rasa gembira dan puas memenangi kejohanan Terbuka Amerika Syarikat,” kata Nicol seperti dipetik dalam laman rasmi kejohanan www.usopensquash.com.

Sementara itu, kategori lelaki dimenangi Mohamed Elshorbagy dari Mesir, yang menewaskan rakan senegara, Amr Shabana, 8-11, 11-9, 11-3, 11-3 dalam masa 45 minit.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");