Sukan Hari Ini

Sarena selar kenyataan presiden RTF

PEMAIN nombor satu dunia, Serena Williams, 33, menyifatkan Presiden Persekutuan Tenis Rusia (RTF), Shamil Tarpishchev sebagai seksis, perkauman dan membuli selepas tindakan presiden tersebut menggelar dirinya dan kakaknya, Venus Williams, 34, sebagai ‘Williams Brother’.

Tarpishchev membuat kenyataan tersebut ketika hos dalam program temu bual ketika mengulas perlawanan Sarena menentang Maria Sharapova di Sukan Olimpik.

Sehubungan itu, Persatuan Tenis Wanita (WTA) mengambil tindakan pantas dengan menggantung tugasnya di organisasi selama setahun, dan denda USD 25,000.

“Mereka keterlaluan. Saya lihat kenyataan tersebut seperti satu bentuk pembulian,” katanya ketika di temubual media di Singapura untuk pusingan terakhir penghujung musim Kejohanan WTA.

Bagaimanapun, Williams amat menghargai usaha yang dilakukan WTA dan Persatuan Tenis Amerika (USTA) kerana prihatin dan mengambil tindakan tegas berkenaan isu tersebut.

Serena Williams merupakan pemain nombor satu dunia dengan memenangi 18 gelaran grand slam.

Selain turut memenangi 13 Grand Slam dan tiga pingat emas Sukan Olimpik dalam acara regu bersama kakaknya, Venus, yang juga pernah memenangi sebanyak tujuh kejuaraan Grand Slam individu.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");