Jenayah

Terkejut senapang disangka ikan

Anggota polis memeriksa senapang yang dijumpai nelayan di Persiaran Karpal Singh semalam:-

GEORGETOWN – Seorang nelayan terkejut apabila mendapati hasil tangkapannya adalah selaras senapang dipercayai dibuang individu tertentu di Persiaran Karpal Singh.

Menurut sumber, kejadian itu adalah kali kedua dialami nelayan yang hanya dikenali sebagai Lim ketika menangkap ikan di kawasan berkenaan.

“Selepas bawa naik senjata itu, Lim dan rakannya menghubungi polis sebelum membuat laporan di Balai Polis Jelutong,” katanya ketika ditemui semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Menurutnya, siasatan mendapatinya ia bukan senjata api sebaliknya hanya menyerupai senapang betul.

“Ia senjata yang digunakan untuk permainan paint ball,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");