Jenayah

Wanita berhijab jadi sasaran serangan asid di Iran

TEHRAN – IRAN. Satu siri serangan asid yang disasarkan kepada wanita yang tidak berhijab secara sempurna di Isfahan telah menimbulkan kebimbangan orang awam.

Insiden serangan tersebut juga tersebar secara meluas di media-media sosial.

Malah menerusi rangkaian perbualan media sosial, mendakwa berlaku sehingga 13 serangan asid yang disasarkan kepada pemandu wanita.

“Saya sentiasa pastikan tingkap kereta tertutup dan panik apabila ada motosikal yang menghampiri kereta,” kata seorang penduduk yang enggan dikenali kepada media Iran.

Sementara itu, wakil pihak berkuasa Iran, Jeneral Hossein Ashtari mengesahkan terdapat empat serangan asid tersebut dilaporkan berlaku di Isfahan yang terletak kira-kira 450 kilometer di Selatan Tehran.

Bagaimanapun beliau enggan mengulas lanjut berkenaan insiden tersebut.

Di Iran, terdapat satu undang-undang Islam yang dibuat semenjak revolusi 1979 iaitu mewajibkan wanita memakai hijab untuk menutup kepala dan leher.

Bagaimanapun, menurut ulama kanan Isfahan, Hojatoleslam Mohammad Taghi Rahbar yang mengutuk tindakan serangan berkenaan.

Beliau menyifatkan seseorang itu tiada hak untuk memberi hukuman melulu ke atas seseorang walaupun mereka melanggar undang-undang, lebih-lebih lagi dengan menggunakan kekerasan.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");