Perak Hari Ini

Umat Islam Tunai Solat Sunat Gerhana Bulan Di Masjid Negeri, Dekat Ipoh

Sekitar 100 umat Islam di sekitar Ipoh tidak melepaskan peluang menunaikan solat sunat gerhana bulan di Masjid Sultan Idris Shah II, sejurus selepas solat Maghrib malam tadi.

Solat gerhana bulan tersebut diimamkan oleh imam Masjid Negeri, Abdul Farid Salleh.

PERAK TODAY

Sejurus selepas solat sunat gerhana bulan 2 rakaat, imam kemudiannya membaca khutbah kepada para makmum yang hadir.

PERAK TODAY13

Antara intipati khutbah yang disampaikan adalah menyeru umat Islam supaya melaksanakan ibadah solat sunat gerhana bulan yang membuktikan kekuasaan Allah SWT sebagai pencipta alam.

IMG-20141008-WA0012

“Penganjuran kepada solat gerhana bulan adalah untuk mencegah manusia supaya tidak sama sekali mengEsakan bulan dan matahari tetapi hanya menyembah Allah yang Maha Esa,” kata Abdul Farid.

PERAK TODAY9

Katanya lagi, kejadian gerhana bulan ini merupakan bukti keesaan Allah yang menjadikan bulan berwarna gelap disebabkan pantulan cahaya kepada bumi.

PERAK TODAY12

Fasa gerhana bulan dilihat bermula sekitar 7.30 malam tadi dan kesan gelapnya semakin hilang pada jam 9 malam tadi.

PERAK TODAY11

Ia merupakan fenomena kedua yang berlaku tahun ini selepas kali pertama pada 15 April lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");