Perak Hari Ini

Akta Hasutan Ditambah Baik Penuhi Keharmonian Kaum

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menyifatkan pengekalan Akta Hasutan 1948 bertepatan sekali dengan mengambil kira susur galur pemikiran masyarakat dalam usaha mengekalkan keharmonian di negara ini.

“Kerajaan memberikan alasan yang kukuh bagi memastikan tiada aspek yang mungkin tidak terdapat dalam peruntukan akta ini telah dipinda terlalu lama,” katanya.

Tambahnya lagi, penambahbaikan tersebut perlu dilakukan bagi memahami persoalan dan mendepani cabaran masa kini.

Ujarnya lagi, lonjakan informasi yang hebat berlaku apabila timbulnya laman sosial media.

“Sedikit sebanyak ia akan menyentuh sensitiviti kehidupan orang ramai sama ada dalam hal ehwal  agama atau budaya,” katanya.

Jelasnya lagi, pihak kerajaan akan mendalami perkara-perkara yang boleh mendatangkan bahaya kepada negara dan pada masa yang sama akan mengukuhkan lagi peranan akta berkenaan.

“Masyarakat terbahagi kepada dua iaitu menyokong dan membantah tetapi yang membimbangkan ialah penyalahgunaan ruang dan tidak ditadbir urus dengan sebaiknya oleh pihak tertentu,” ujarnya lagi.

Dalam konteks Perak sendiri, tanpa konsep pengekalan keamanan tersebut, berkemungkinan perpaduan tidak mampu dibentuk di negeri itu, katanya.

“Pendekatan Perak Amanjaya antara yang diguna pakai bagi perancangan yang strategik dengan menerapkan perpaduan dalam pembangunan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, permainan politik yang keterlaluan dengan politik kepelbagaian pihak pembangkang juga memerlukan model dan haluan yang hampir iaitu dengan mementingkan perpaduan masyarakat.

Beliau berkata demikian ketika dijemput sebagai tetamu khas dalam satu temubual bersama stesen televisyen swasta di sini, hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");