Perak Hari Ini

Wanita Puas Hati Isu Berbangkit Dapat Perhatian

Ketua Pergerakan Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berpuas hati kerana kebanyakan usul yang dibentangkan dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014 telah mendapat perhatian pucuk pimpinan tertinggi parti tersebut.

Jelasnya lagi, desakan sayap wanita bagi mengekalkan Akta Hasutan 1948 dan tanah rizab Melayu antara yang telah diberi perhatian.

“Usul meminta perihal pendidikan anak muda untuk bertutur dalam pelbagai bahasa telah mendapat perhatian Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga merangkap Menteri Pelajaran.

“Bahasa Arab, Tamil, Mandarin dan lain-lain akan dipertimbangkan untuk dijadikan bahasa interaktif,” katanya.

Jelasnya lagi, bahasa tersebut digunakan sebagai pengikat perpaduan rakyat selain Bahasa Melayu sebagai bahasa Utama.

“Pergerakan Wanita bukan hanya menjadi jentera yang kuat ketika pilihan raya tetapi juga mengambil serius terhadap isu lain yang melibatkan masyarakat termasuklah isu perpaduan yang turut diperjuangkan,” katanya lagi.

Tambahnya, melalui program yang akan dirangka oleh sayap wanita UMNO, setiap isu yang berlaku tidak sewenang-wenangnya dilihat secara mudah terutama sekali membabitkan isu perpaduan dengan penerapan elemen solidariti yang dibawa oleh Presiden UMNO.

“Wanita bukan hanya dilihat dari segi jumlah keahlian sahaja sebaliknya turut menggalas tanggungjawab yang amat berat,” katanya lagi.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai tanah rizab Melayu yang perlu dikelolakan dengan cara yang lebih baik.

“Peguam Negara perlu diperuntukkan kuasa bagi membuat petisyen untuk mengarahkan kerajaan negeri menggantikan semula tanah rizab Melayu yang sudah diambil,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");