Perak Hari Ini

Al-Quran Tidak Boleh Diterjemah Tanpa Menulis Teks Asli

GOPENG: “Al-Quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan ia hanya boleh diterjemahkan dan mesti mempunyai ayat teks aslinya iaitu dalam Bahasa Arab,”

Begitu tegas Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Haji Zakaria berkenaan tindakan segenlintir pihak yang bertindak menterjemahkan Al-Quran dalam bahasa lain tanpa meletakkan ayat asalnya.

Katanya lagi, tindakan segelintir pihak yang bertindak untuk menterjemahkan Al-quran tanpa meletakkan ayat teksnya dalam Bahasa Arab bukannya boleh digelarkan sebagai terjemahan kepada Al-quran.

“Terjemahan tidak semesti tepat dan perlu menggunakan kaedah Bahasa Arab serta mempunyai peraturan tersendiri,” katanya

Beliau berkata demikian dalam sidang sedia sejurus selepas merasmikan Seminar Pendidikan Fatwa Kesihatan 2014 dekat Gopeng hari ini.

Katanya lagi setiap terjemahan dalam bentuk kalimah semata-mata katanya tidak akan memberi makna dan dilarang sama sekali dalam Islam.

“Dilarang sama sekali dan haram .. jika mengeluarkan dan menterjemahkan ayat Al-Quran tanpa ada teks Al-quran itu sendiri,” katanya.

Di Malaysia katanya tidak lagi berlaku perbuatan sebegini bagi Kementerian Dalam negeri serta Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengeluarkan kenyataan tidak membenarkan tindakan penterjamahan sedemikian dilaksanakan.

Tegasnya lagi, Al-quran diturunkan dalam Bahasa Arab dan jika tidak ditulis dalam bahasa Arab bukannya lagi boleh digelar sebagai Al-quran merupakan kesalahan besar

“Jika ingin mengenali dan memahami Al-Quran, belajarlah Al-Quran dan Bahasa Arab,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas mengenai keputusan mahkamah membenarkan lelaki transgender kini boleh berpakaian wanita berikutan baru-baru ini katanya terjadi disebabkan pemikiran yang cukup bebas.

“Saya telah membuat kajian tentang gender sejak awal-80 an lagi, dengan bertemu dengan pakar bedah dan psikologi berkenaannya dan salah seorang ahli psikologi memberitahu bahawa tindakan itu hanya satu perasaan yang dibuat-buat,”katanya lagi

Tambahnya lagi, berkemungkinan perbuatan sedemikian itu juga disebabkan oleh pengaruh persekitaran dan rakan-rakan.

Katanya lagi, keputusan tersebut seolah-olah menyokong pekara yang tidak betul dan Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan juga telah mengharamkan tindakan tersebut sebelum ini,” katanya.

“Ianya dilaknat Allah, dan inginkah kita melihat anak-anak kita dilaknat Allah?” katanya lagi.

Jelasnya, tindakan pihak luar menyebelahi golongan ini menyebabkan pekara ini terjadi dan disebabkan juga peringkat pemikiran begitu bebas

“Membenarkan benda yang tidak betul…dari segi akal pun tidak boleh diterima dan syarak apatah lagi hanya nafsu semata-mata,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");