Sukan Hari Ini

Badminton Mula Langkah Kanan

MALAYSIA membuka tirai kempen Piala Axiata 2014 dengan langkah kanan selepas menundukkan Vietnam 3-1 dalam perlawanan pertama di Jakarta semalam.

Skuad negara yang turun tanpa kelibat pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei tetap mempamerkan aksi cemerlang apabila mata pertama berjaya diraih Chong Wei Feng selepas menewaskan Nguyen Hoang Nam 21-13 dan 21-17 dalam masa 29 minit.

Wei Feng yang menggalas tugas sebagai kapten pada kejohanan kali ini, nyata berpuas hati dengan prestasi yang dipamerkan dan berharap momentum ini dapat dikekalkan dalam enam perlawanan akan datang.

“Saya beraksi sebaik mungkin untuk mencipta kemenangan. Saya harap ia berterusan hingga ke akhir saingan,” katanya semalam.

Kemenangan Wei Feng bagaimanapun gagal diteruskan oleh perseorangan wanita, Ho Yen Me apabila tewas kepada Vu Thi Trang 19-21 dan 13-21.

Kekecewaan itu berjaya ditebus beregu lelaki Hoon Thien How-Tan Boon Heong apabila berjaya menumbangkan Dao Manh Thang-Le Ha Anh 21-17 dan 21-18.

Malaysia akhirnya memperoleh kemenangan selepas Chan Peng Soon- Ng Hui Lin menundukkan Duong Bao Duc-Dang Kim Ngati 21-16 dan 21-13 dalam masa 20 minit.

Malaysia akan bertemu Asia All Star dalam perlawanan kedua hari ini.

Negara lain yang turut beraksi pada kejohanan ini ialah Indonesia, Thailand, Singapura, Vietnam, Filipina serta pasukan Asia All Stars dan Eropah dalam format round-robin.

Empat pasukan terbaik kemudian akan meraih tiket ke separuh akhir.

Pusingan separuh akhir dan akhir akan diadakan di Stadium Badminton Cheras, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Disember depan.

-sinarharian-

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");