Laporan Eksklusif, Perak Hari Ini

YBUDR Tingkatkan Usaha Peroleh Peruntukan Bantuan

IPOH : : Penganugerahan ‘Global Islamic Finance Award’ di Dubai, baru-baru ini kepada Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) dianggap sebagai satu cabaran kepada seluruh warga kerjanya.

Ketua Eksekutif YBUDR, Datuk Ismail Saffian berkata, ia bukanlah masa untuk mendabik dada dengan anugerah tersebut tetapi kerja kuat harus dilaksanakan dalam menterjemahkan hasrat murni Kerajaan Negeri membantu golongan miskin yang ada di dalam negeri Perak ini.

“Anugerah ini adalah usaha dan inisiatif yang telah diambil oleh Kerajaan Negeri di bawah pimpinan Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir bagi membantu golongan miskin,” katanya.

Menurutnya, orang ramai sudah mulai melihat kewujudan YBUDR ini sehingga adakalanya jumlah permohonan yang diterima melebihi jumlah peruntukan.

“Pihak kami terpaksa membuat tapisan demi tapisan dan ada sebahagian yang layak mendapat bantuan, namun tidak dapat diberikan kerana kekurangan peruntukan.

“Jadi mereka ini kita harap boleh memohon semula di tahun-tahun akan datang, maka akan dipertimbangkan,” jelas beliau.

Katanya, YBUDR juga sedang berusaha untuk dapatkan peruntukkan tambahan daripada Kerajaan Negeri

Bagaimanapun, mungkin hanya program-program tertentu sahaja yang layak mendapatkan peruntukan tambahan.

Oleh itu, pihaknya perlu mencari pendekatan baru, untuk memperluaskan programnya.

Beliau berkata, pada masa ini, YBUDR menerima bantuan dana daripada Kerajaan Negeri sebanyak 80 peratus manakala selebihnya adalah sumbangan pihak swasta.

Penyumbang korporat yang terbesar sehingga kini adalah YBU Holding yang juga rakan pelaburan YBUDR, iaitu sebanyak RM5 juta setahun.

Katanya, sememangnya ada syarikat-syarikat swasta yang memberi sumbangan tetapi bukanlah secara berkala tetapi sekaligus.

“Saya bagi pihak YBUDR merayu syarikat-syarikat korporat untuk tampil memberikan sokongan dan kerjasama kepada kami bagi meningkatkan jumlah dana,” kata beliau lagi.

Dengan cara itu katanya, bantuan kepada golongan keterbawahan dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");