Sukan Hari Ini

Fabregas kembali cergas

PERANCANG tengah Chelsea, Cesc Fabregas dilaporkan bakal beraksi menentang West Bromwich Albion, dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), malam ini.

Bintang The Blues itu sebelum ini dilaporkan mengalami kecederaan otot dan terlepas untuk beraksi bersama pasukan kebangsaannya, Sepanyol menentang Belarus dalam pusingan Kelayakan Piala Euro 2016 dan aksi persahabatan berdepan, Jerman.

Fabregas bagaimanapun sudah kembali menjalani latihan bersama rakan sepasukan di pusat latihan Chelsea di Cobham, kelmarin.

Chelsea setakat ini kekal di puncak liga dengan mengumpul 29 mata diekori Southampton (25 mata) dan Manchester City (21 mata).

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");